Semua Wakil Penduduk Cameron Highlands Kini Bebas Dan Tidak Akan Di Dakwa Oleh Mahkamah! - Pahang Daily Online (Blogger)





Wednesday, July 11, 2012



KUANTAN, 11 Julai - Kesemua wakil penduduk Cameron Highlands yang ditahan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam telah dibebaskan lewat petang tadi. Kesemua mereka akhirnya dibebaskan selepas tempoh 24 jam penahanan mereka tamat. Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 31 Julai ini. Oleh itu mereka juga tidak akan didakwa di mahkamah selepas ini. Kesemua individu berkenaan terdahulu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini untuk menunggu pendakwaan dijalankan ke atas mereka. Salah seorang peguam yang mewakili individu berkenaan, Hon Kai Ping (foto) berkata, mereka menunggu keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menjalankan prosiding terhadap tahanan."Kita dimaklumkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya, mereka sedang menunggu keputusan dari (Pejabat Peguam Negara) Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran membuat tuduhan mahkamah kepada tahanan."Kami telah tunggu dari pagi tetapi sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan. Kami telah tunggu dari pagi tetapi sekitar jam 3.50 barulah keputusan keluar," katanya.









[Semasa di mahkamah, ramai yang kecewa dengan tindakan pihak berkenaan melewat-lewatkan proses pembebasan tahanan terbabit. Mereka ditahan lokap balai polis kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, tapi anehnya di bawa ke mahkamah untuk di dakwa. Padahal, akhirnya mereka dibebaskan. Kes yang begitu kecil seperti itu pun, hakim perlu menunggu arahan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Nampak benar wakil penduduk Cameron Hihglands berkenaan diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkuasa. Ada pihak yang sengaja mahu mengajar penduduk terbabit supaya tidak lagi mengadakan himpunan atau demontrasi selepas ini. Masalahnya "janji tidak ditepati" oleh Kerajaan Negeri Pahang menyebabkan mereka perlulah terus berjuang sebenarnya].

No comments: