Panas: Wakil Penduduk Cameron Highlands Yang Berkhemah Di Depan Pejabat MB Di Tahan Polis !! - Pahang Daily Online (Blogger)

KUANTAN, 11 Julai - Kesemua tiga puluh satu (31) orang wakil penduduk, masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang mengadakan (Occuppy Mb Pahang's Office) di pintu masuk ke Wisma Sri Pahang yang ditahan polis kini masih belum dibebaskan. Mereka yang terdiri daripada tiga belas (13) lelaki, dua belas (12) Perempuan dan enam (6) kanak-kanak ditahan semasa sekitar 4.00 petang oleh pihak polis IPD Kuantan, selepas beberapa perbincangan tidak dipersetujui. Turut berada di lokasi semalam ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) ACP Mohd Jasmani Yusoff. Difahamkan, antara yang ditahan termasuk kanak-kanak. Walau bagaimana pun lewat malam tadi beberapa orang kanak-kanak terbabit telah dibebaskan dan hanya dua sahaja berumur dibawah 12 tahun yang masih berada di lokap (kerana tidak mahu berpisah dengan ahli keluarga mereka yang ditahan). Antara yang ditahan juga termasuklah seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun. Perhimpunan berjalan secara aman sekitar jam 11.00 pagi dimana penduduk membentangkan kanvas dan duduk di bawah pokok di jalan masuk ke pejabat MB Pahang. Difahamkan, ketika itu MB tiada di pejabat beliau kerana mempunyai agenda lain di Putrajaya. Maka, beberapa orang wakil penduduk telah dipanggil berbincang dengan wakil MB (Encik Guna dan Dato' Hamdan) di pejabatnya. Akibat tiada jawapan, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus berhimpun kerana diadakan secara aman dan tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam. Sekitar jam 2.00 petang barulah pihak polis mula menghampiri kawasan terbabit. Perundingan dijalankan sehinggalah mereka semua dibawa menaiki trak polis untuk ditahan di lokap. Semasa di IPD Kuantan, lewat malam tadi satu perbincangan telah diadakan dengan ASP Muniandi, namun kesemua mereka akhirnya didakwa pagi ini atas kesalahan dibawah Akta Perhimpunan Aman.

Kenyataan media oleh wakil penduduk, Suresh PSM tentang isu panas ini

Perbincangan dengan ASP Muniandi malam tadi telah gagal, kesemua didakwa

Berkhemah hanya kerana untuk menuntut keadilan buat diri masing-masing


Penduduk mendirikan khemah di bawah pokok jalan masuk ke Pejabat MB

[Beginilah nasib rakyat marhaen, mahu menuntut keadilan untuk hak-hak mereka pun akhirnya ditindas dan ditangkap oleh pihak polis. Sedangkan sudah jelas, mereka ditipu oleh pemimpin kerajaan itu sendiri. Jika insiden ini berlaku di negeri Pulau Pinang, Selangor , Kedah dan Kelantan maka sudah pasti ia akan menjadi tajuk utama media arus perdana. Namun, dek kerana ia berlaku di bumi Pahang yang ditadbir oleh UMNO BN ia dipinggirkan. Apakah ini cara penguasa bertindak. Rakyat berpuluh tahun memohon geran tanah yang mereka diami tidak dilayan tetapi pemaju perumahan yang dilayan hingga meminggirkan nasib mereka. Rakyat harus dibela dan kesian nasib para penduduk Cameron Highlands yang tertindas ini. Apapun, ianya mungkin menjadi senjata baru buat rakyat menolak BN pada pilihanraya umum akan datang. Jika isu Lynas, majoriti suara kaum Tionghua pasti berubah, maka isu ini pasti membuatkan suara kaum India pula berpaling arah. Kesilapan orang kanan MB Pahang ialah membiarkan pihak polis menangkap dan menahan penduduk terbabit di lokap. Sedangkan mereka berbuat demikian kerana mahukan hak mereka].

No comments: