KUALA
LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan
pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy
Pejabat MB', 10 Julai lalu.
Pengerusinya, N. Balasubramaniam,
berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah,
bukan bertindak menahan mereka.
"Mereka merupakan penduduk
kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk
diselesaikan. Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin
menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi
Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, tindakan pihak polis yang menahan mereka termasuk kanak-kanak, menunjukkan sikap polis yang 'double standard'.
Katanya, dalam banyak kejadian jenayah, pihak polis tidak bertindak sepantas itu untuk mengambil langkah pencegahan.
"Apa
yang lebih penting, tindakan yang boleh diambil ialah mendengar apa
yang mereka mahukan. Kalau menteri besar tiada, berilah satu tarikh
lain untuk temujanji semula, bukan bertindak menahan mereka," tegas
beliau dalam nada kesal.
Pada program 'Occupy Pejabat MB' itu, 33
penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB
Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan
kediaman mereka yang terancam.
Mereka cuba berunding dengan polis
untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka
sebelum ini namun tidak berjaya.
Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat.
Seseorang itu hanya boleh ditahan tidak lebih dari 24 jam.
Harakah Daily
No comments:
Post a Comment